Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN tidak akan hantar pemerhat ke pilihan raya Myanmar

    KUALA LUMPUR, 27 OKT – Blok Asia Tenggara, ASEAN, tidak akan menghantar pemerhati ke pilihan raya Myanmar pada Disember ini, menurut sumber diplomatik hari ini, satu tamparan kepada usaha junta Myanmar untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

    Ketua junta, Min Aung Hlaing, menggambarkan pilihan raya pada 28 Disember itu sebagai langkah ke arah perdamaian dalam perang saudara yang tercetus selepas rampasan kuasa tenteranya pada tahun 2021.

    Perdana Menteri Malaysia merangkap pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini sekali lagi menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan.

    Pemimpin-pemimpin ASEAN yang terdiri daripada 11 negara anggota, dalam mesyuarat di Malaysia, menyatakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap konflik berterusan di Myanmar serta memberi amaran mengenai ‘kurangnya kemajuan yang bermakna’ ke arah perdamaian, menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

    “Penghentian keganasan dan dialog politik yang inklusif mesti didahulukan sebelum sebarang pilihan raya diadakan,” menurut kenyataan itu lagi, sambil menyebut bahawa junta telah menjemput negara-negara ASEAN untuk menghantar pemerhati.

    “Apa yang dimaksudkan ialah tiada pemerhati rasmi dari ASEAN, namun negara anggota bebas untuk menghantar pemerhati secara dua hala,” kata seorang diplomat kepada AFP yang enggan dikenali.

    Seorang lagi diplomat mengesahkan bahawa tiada kata sepakat dicapai antara negara anggota untuk menghantar misi pemerhati di bawah panji ASEAN.

    Tidak menghantar pemerhati ASEAN “pasti akan menjejaskan usaha Myanmar untuk

    mendapatkan pengiktirafan antarabangsa,” kata penganalisis hal ehwal antarabangsa dari Solaris Strategies Singapore, Mustafa Izzuddin. – AFP

    Orang ramai memandu melewati papan iklan kempen pilihan raya yang memaparkan pengerusi Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) yang disokong tentera, Khin Yi, di Yangon, kelmarin, menjelang permulaan kempen pilihan raya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda