Monday, July 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASEAN tubuhkan inisiatif keselamatan AI

    JAKARTA, 27 JULAI – ASEAN, di bawah kepengerusian Malaysia ketika ini menubuhkan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (AI Safe) bagi menggalakkan inovasi beretika, menginstitusikan protokol keselamatan serta mempererat kerjasama serantau dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

    Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Dr Kao Kim Hourn berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen rantau ini untuk menerapkan prinsip kepercayaan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pembangunan AI.

    Berucap pada Persidangan Dunia Kecerdasan Buatan (WAIC) di Shanghai kelmarin, Kao menyatakan bahawa ASEAN bersedia bekerjasama rapat dengan China melalui Pelan Kerja Digital ASEAN-China 2025 untuk membina perkongsian AI yang berdaya tahan dan saksama.

    Beliau turut memberi amaran bahawa meskipun AI membawa kecekapan, ia juga mengundang risiko serius memandangkan agen AI autonomi dan teknologi generatif tidak memiliki pertimbangan etika serta terdedah kepada bias, manipulasi dan kesan sampingan yang tidak disengajakan.

    “AI generatif memperhebat ancaman seperti penyebaran maklumat palsu, penciptaan ‘deepfake’ dan pelanggaran keselamatan siber,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat ASEAN.

    Menurut Kao, tanpa tadbir urus yang betul, perkembangan itu berisiko meningkatkan jurang ketidaksamaan dan menghakis privasi. – Bernama

    Datuk Dr Kao Kim menyampaikan ucapan semasa WAIC di Shanghai pada 26 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda