Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aset bantuan bencana dikoordinasi ke lokasi terjejas banjir di Sarawak

    BAGAN DATUK, 30 JAN – Semua aset bantuan bencana peringkat Persekutuan dan negeri telah dikoordinasikan ke 13 lokasi terjejas banjir di Sarawak yang setakat tengah hari tadi melibatkan lebih 6,700 mangsa.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, lebih 50 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir di negeri itu.

    Beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga akan mengadakan koordinasi dengan pihak terlibat termasuk Kementerian Pendidikan bagi mengenal pasti lebih banyak dewan sekolah dan dewan orang ramai di kawasan tinggi yang sesuai dijadikan PPS.

    Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata pihaknya akan meneliti keperluan pembinaan jambatan Bailey di kawasan perhubungan yang terjejas.

    “Kita telah berbincang dengan Kor Jurutera Diraja Angkatan Tentera Malaysia untuk persediaan (pembinaan jambatan) tersebut,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke tapak pembinaan projek Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi hari ini.

    Ahmad Zahid berkata sistem amaran awal juga telah diaktifkan bagi memberikan amaran sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kejadian air pasang besar bagi memudahkan proses pemindahan dan penduduk menyelamatkan dokumen serta barang-barang penting. – Bernama

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama para tetamu ketika hadir ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina, kelmarin. Beliau berkata lebih 50 PPS telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir di Sarawak. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda