Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aset Joe Ferrari bernilai AS$37 juta dirampas

    BANGKOK, 14 NOV – Harta luar biasa bernilai AS$37 juta bekas ketua polis daerah Thailand yang dipenjarakan kerana mendera suspek sehingga mati, akan dirampas, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Thitisan Utthanaphon digelar ‘Joe Ferrari’ kerana meminati kereta mewah telah dipenjarakan seumur hidup pada Jun berikutan kes yang menunjukkan kekejaman polis dan rasuah dalam kerajaan.

    “Pendapatannya daripada berkhidmat sebagai pegawai kerajaan tidak sepadan dengan aset yang dimilikinya,” kata Niwatchai Gasemmongkol, jurucakap Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara kepada pemberita.

    Jawatankuasa itu telah bersetuju bahawa dia yang memiliki ‘kekayaan yang luar biasa’ dan asetnya bernilai 1.35 bilion baht (sekitar AS$37 juta) perlu dirampas oleh kerajaan, tambahnya.

    Pendedahan tentang gaya hidup Thitisan yang kaya dan rentetan hubungannya dengan selebriti menjadi tajuk berita selepas penahanannya.

    Penyiasat berkata dia memiliki rumah agam mewah di Bangkok dan sebuah armada dengan 42 kereta mewah termasuk Lamborghini Aventador bernilai AS$1.5 juta yang semuanya dibeli dengan gaji pegawai polis sekitar AS$1,300 sebulan.

    Kematian Jirapong Thanapat, 24, pada mulanya didiamkan dan direkodkan sebagai terlebih dos amfetamin sehingga seorang peguam mendedahkan punca kematian dalam catatan Facebooknya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda