Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aset rizab rasmi M’sia AS$102.03 bilion akhir November

    KUALA LUMPUR, 31 Dis – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$102.03 bilion pada akhir November 2018 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$51.6 juta pada tempoh yang sama, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

    Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan sehingga akhir November 2018, rizab Malaysia tetap boleh guna.

    BNM berkata untuk tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit dalam mata wang asing, yang merangkumi antaranya bayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan dan bayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank Bank Negara Malaysia apabila matang, berjumlah AS$2.97 bilion. “Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$21.71 bilion, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda