KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$111.06 bilion (AS$1=RM4.17) sehingga akhir Julai 2021 berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain bagi tempoh sama berjumlah AS$183.5 juta.
Menurut bank pusat, butiran terperinci rizab antarabangsa itu yang berdasarkan format SDDS IMF, memaparkan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
“Bagi 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing apabila matang berjumlah US$4.60 bilion.
“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara,” menurutnya. – Bernama
