Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aset Tabung Haji perlu diurus dengan berhemah, telus

    LABUAN, 22 JUN – Aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diuruskan dengan cekap, berhemah dan telus bagi menjadi pengurus dana yang boleh diharapkan dan memulihkan kepercayaan orang ramai.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, tidak sepatutnya ada penyelewengan dalam pengurusan dana kerana ia melibatkan simpanan orang ramai.

    “Kami telah menganalisis dan menilai rungutan orang ramai berkaitan penyelewengan dalam pengurusan aset… saya sendiri telah periksa beberapa dokumen penting dalam penjualan aset strategik TH seperti didakwa. “Saya telah memaklumkan kepada pengurusan TH untuk lebih berhati-hati dalam pengurusan dana dan aset dan melaporkan kepada pejabat menteri atau timbalan menteri dalam apa-apa perkara berkaitan dengan penjualan aset.

    “Kami faham akan kegusaran dan rungutan orang ramai mengenai isu berbangkit… sebarang rungutan dengan bukti dan berasas akan diambil tindakan sewajarnya. Pentingnya, aset Tabung Haji adalah aset orang ramai, aset komuniti Islam, dan ia perlu diuruskan dengan telus,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda