Usaha pelakon, Ashraf Muslim bukan sekadar menghantar sumbangan dan turun padang dalam kerja kemanusiaan, malah berhasrat menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalankan misi bantuan kepada individu yang memerlukan.
Impian menubuhkan NGO mula tercetus apabila pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu dan Dia Menantu Rahsia itu giat menjalankan misi kemanusiaan seperti Misi Khas Bantuan Banjir di Masjid Kampung Lechar, Ulu Dong, Pahang yang musnah teruk, baru-baru ini.
“Nama pertubuhan sudah ada, tetapi masih belum boleh dikongsi. Insya-Allah, saya akan umumkan tidak lama lagi. Ini kerana saya masih dalam usaha mendaftar dan sebagainya.
“Jika ikutkan, sudah lama saya berhasrat menubuhkan NGO ini. Jujurnya, jiwa saya lebih ke arah aktiviti kemanusiaan, tetapi mungkin baru sekarang dibukakan jalan. – Agensi
