Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asia dominasi tangga teratas kaji selidik PISA

    PARIS, 5 DIS – Negara-negara Asia mendominasi tempat teratas dalam Kaji Selidik Keupayaan Pendidikan (PISA) yang diperhatikan dengan teliti dan diterbitkan hari ini, manakala tahap di Eropah merosot dengan mendadak – dan bukan hanya disebabkan COVID.

    Bagaimanapun, laporan itu juga menunjukkan bahawa pelajar di negara berprestasi tinggi tidak semestinya lebih gembira.

    Tinjauan PISA dijalankan setiap tiga tahun oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris untuk menilai keupayaan kanak-kanak berumur 15 tahun untuk memenuhi cabaran kehidupan sebenar.

    “Keputusan PISA 2022 menunjukkan penurunan prestasi pelajar yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah PISA,” kata penganalisis pendidikan OECD, Irene Hu kepada wartawan.

    Singapura menduduki ranking teratas dalam penilaian terbaharu, yang dijalankan pada 2022 dan melibatkan 690,000 pelajar di 81 negara dan ekonomi yang mengambil bahagian.

    Negara pulau Asia Tenggara mendapat markah tertinggi dalam ketiga-tiga bidang tinjauan: matematik, membaca dan sains.

    “Keputusan ini menunjukkan bahawa secara purata, pelajar Singapura mendahului hampir tiga hingga lima tahun persekolahan berbanding rakan sebaya mereka,” kata laporan itu. – AFP

    Para pelajar mengambil bahagian dalam ujian pengkhususan sebagai sebahagian daripada peperiksaan tamat pengajian tinggi di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda