JAKARTA/NEW YORK, 24 SEPT – Asia Tenggara tidak akan menjadi medan untuk ‘gadaian persaingan’ kerana ia menekankan pengukuhan kerjasama serantau, lapor Agensi Anadolu.
“Sebaliknya, Asia Tenggara mesti menjadi pusat pertumbuhan yang semua negara boleh mendapat manfaat bermakna.
“Institusi serantau harus menjadi penyumbang bersih dan blok pembinaan untuk keamanan dan kemakmuran global,” kata Menteri Luar Retno Marsudi pada sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Sabtu.
Selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Indonesia mengemudi ASEAN melalui dinamik geopolitik sebegitu di rantau ini.
Indonesia mempengerusikan ASEAN pada 2023 dan mengadakan sidang kemuncak tahunan pada awal bulan ini.
Rantau Asia Tenggara telah menyaksikan dua pesaing utama dunia, Amerika Syarikat dan China, menegaskan pengaruh mereka dalam kalangan negara serantau.
“Keterangkuman akan selama-lamanya menjadi tonggak bagi acuan rantau kita,” kata Retno.
Mengenai Myanmar, beliau berkata: “pelaksanaan Konsensus Lima Perkara kekal sebagai rujukan utama.”
“ASEAN terus menggesa junta tentera untuk melaksanakannya. ASEAN tidak akan berusaha untuk memastikan rakyat Myanmar tidak ketinggalan,” katanya.
Menteri luar Indonesia itu turut menyeru undang-undang antarabangsa perlu dijunjung, khususnya prinsip asas kedaulatan dan integriti wilayah.
“Ini akan memastikan bahawa pertikaian akan diselesaikan di meja rundingan dan bukan di medan peperangan,” katanya.
Sambil menyeru tanggungjawab kolektif untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan Afghanistan, Marsudi berkata sudah terlalu lama saudara dan saudari Palestin dibiarkan menderita. – Bernama