Sunday, February 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan

    PUTRAJAYA, 15 FEB – Penganjuran Persidangan dan Pameran Teknologi Perubatan Antarabangsa Asia (ASIAN MEDTEC) 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ASIAN MEDTEC 2024, yang julung kali diadakan pada 10 hingga 12 Disember depan, turut akan menjadi platform pelancaran inovasi baharu dalam sektor peranti perubatan.

    “Selain itu, penganjuran program ini bertujuan mendorong kerjasama dalam kalangan agensi utama kerajaan untuk membentuk ekosistem bertaraf dunia bagi teknologi dan peranti perubatan di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran ASIAN MEDTEC 2024 hari ini.

    Beliau berkata persidangan tiga hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dijangka menarik lebih 250 syarikat pempamer serta 10,000 pengunjung dari 25 negara antaranya Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman, Singapura dan Amerika Syarikat. – Bernama

    Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian pada majlis pra-pelancaran Asia Medtec 2024 yang diadakan di sebuah hotel. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda