SYDNEY, 22 JUN – Seorang anggota tentera Australia menjadi pesakit COVID-19 kesembilan di Papua New Guinea (PNG), lapor agensi berita Xinhua, memetik akhbar tempatan The National hari ini.
Pegawai Pandemik Kebangsaan PNG David Manning berkata kes itu menjadi peringatan kepada orang ramai, “risiko COVID-19 di negara ini tetap sangat tinggi”.
Dr Evelyn Lavu dari jawatankuasa penasihat perubatan dan saintifik Pusat Operasi Nasional memberitahu wartawan, anggota itu tiba di PNG pada Januari dan mungkin telah dijangkiti virus berkenaan di wilayah sempadan dekat Indonesia, tempat beliau bertugas pada April.
Pesakit itu telah diasingkan sejak 5 Jun selepas mengalami gejala seperti selesema. – Bernama