Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Askar Indonesia dilapor hilang ditemukan terbunuh di Papua

    JAKARTA, 20 APRIL – Tiga askar yang dilaporkan hilang selepas serangan hendap oleh kumpulan pemisah di wilayah bergolak Papua, telah ditemukan mati, menurut Pusat Maklumat Angkatan Tentera Indonesia.

    Serangan itu mengorbankan askar dari batalion infantri tentera simpanan strategik, termasuk Prebet Pertama Miftahul Arifin, yang ditembak mati sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter pada Sabtu.

    Angkatan Tentera mengenal pasti tiga lagi tentera yang terbunuh dalam serangan hendap itu sebagai Prebet Pertama Kurniawan, Prebet Pertama Ibrahim, dan Prebet Pertama Sukra.

    Mereka adalah antara 36 tentera yang menyertai operasi menyelamat juruterbang warga New Zealand Phillip Mark Mehrtens yang dilaporkan ditangkap pada Februari oleh kumpulan pemisah di daerah Mugi-Mam di Nduga.

    Media tempatan melaporkan bahawa tentera berpecah untuk mencari tempat perlindungan ketika musuh melepaskan tembakan dari pelbagai arah.

    Pasukan tentera memulakan operasi mencari, menyelamat dan mendapatkan semula empat mayat anggota pasukan dan dibawa ke Hospital Timika di Daerah Mimika pada Rabu. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 30

    BANJARNEGARA, INDONESIA, 21 NOV - Angka kematian akibat beberapa...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...