Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Askar, polis dipenjara kerana tinggalkan tugas kini dibebaskan

    BANGKOK, 8 DIS – Kerajaan Myanmar yang ditadbir oleh tentera telah membebaskan askar dan polis yang dipenjarakan kerana meninggalkan tugas dan mengambil cuti tanpa kebenaran, dengan tujuan untuk mendapatkan mereka kembali bertugas, kata seorang pegawai polis dan seorang pegawai tentera kelmarin.

    Pembebasan itu berikutan pelan pengampunan yang diumumkan awal minggu ini untuk membolehkan mereka kembali semula dalam perkhidmatan bagi menangani kekurangan tenaga kerja yang ketara.

    Pelan itu adalah akibat tekanan yang dihadapi oleh tentera dalam medan perang yang paling hebat sejak ia merampas kuasa daripada kerajaan Aung San Suu Kyi yang dipilih pada Februari 2021.

    Tentera Myanmar mula berdepan cabaran yang teruk selepas pertempuran sengit meletus pada akhir Oktober apabila pakatan tiga etnik kumpulan bersenjata minoriti melancarkan serangan di utara negeri Shan, di sempadan timur laut dengan China.

    Serangan itu mencetuskan pertempuran baharu di seluruh negara oleh pihak pro-demokrasi Peoples Defense Force dan sekutu mereka dalam kalangan kumpulan bersenjata etnik minoriti lain, sekali gus melemahkan tentera dan mendedahkan masalah kekurangan jumlah tentera.

    Seorang kapten polis di ibu negara, Naypyitaw, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu The Associated Press bahawa ramai polis yang disabitkan bersalah termasuk meninggalkan tugas dan mengambil cuti tanpa kebenaran telah dibebaskan kelmarin, yang menandakan Hari Kemenangan Kebangsaan, sambutan ulang tahun bebasnya aktiviti terancang menentang penjajahan British pada tahun 1920.

    Sudah menjadi tradisi untuk membebaskan tahanan beramai-ramai pada hari cuti kebangsaan. – AP

    Anggota kumpulan angkatan tentera etnik, salah satu daripada tiga etnik kumpulan bersenjata minoriti yang dikenali sebagai Three Brotherhood Alliance, memeriksa senjata yang didakwa kumpulan itu dirampas dari pos tentera Myanmar di atas bukit di perbandaran Hsenwi di negeri Shan, Myanmar pada 24 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...