MADRID, 24 MAC – Tentera Sepanyol yang dikerahkan untuk membantu menangani wabak koronavirus telah menemui warga berusia yang telah ditinggalkan, di mana sebahagiannya meninggal dunia di rumah orang tua.
Kini gelanggang ais dalam pusat membeli-belah di Madrid telah dijadikan tempat sementara untuk menyimpan mayat berkenaan untuk menangani kes yang semakin meningkat.
Pihak tentera telah diarahkan untuk membantu membasmi kuman di rumah-rumah orang tua di Sepanyol, salah sebuah negara yang teruk dilanda pandemik. Berpuluh-puluh orang telah terkorban akibat COVID-19 telah direkodkan di pusat-pusat kemudahan di seluruh negara.
“Kami akan bertindak secara ketat dan tidak boleh menerima apabila warga emas dilayan seperti ini di kawasan kemudahan itu,” menurut menteri pertahanan Margarita Robles semasa sidang temu bual bersama Telecinco.
“Pihak tentera semasa operasi itu menemui beberapa mayat warga emas yang ditinggalkan di atas katil,” tambahnya. Sebuah kertas siasatan telah dibuka, pendakwa raya awam mengumumkan. – AFP
