Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ASNB nasihat pelabur kemas kini data peribadi

    ALOR SETAR, 30 SEPT – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) meminta pelabur segera mengemas kini butiran peribadi di seluruh cawangan atau ejen ASNB untuk menikmati perkhidmatan portal myASNB.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata sehingga kini masih ramai pelabur unit amanah terbesar itu belum mengemas kini butiran terkini sehingga menyukarkan mereka menggunakan kemudahan digital itu.

    “ASNB menawarkan kemudahan pelaburan dalam talian menerusi portal myASNB secara percuma termasuk untuk pelaburan tambahan dan perkhidmatan pelaburan bulanan automatik iaitu Auto Labur. Jika menggunakan portal perbankan lain, pelabur dikenakan caj perkhidmatan.

    “Tujuan lain adalah bagi membolehkan ASNB membina profil pelabur yang lebih tepat seterusnya menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelabur,” katanya kepada Bernama pada Program Pelancaran Kemas kini Butiran Anda Segera 2019 (Kembara PNB 2019) di sini, hari ini.

    Katanya, bagi menggunakan portal myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemas kini nombor telefon di mana-mana cawangan atau ejen ASNB sebelum mendaftar di www.myASNB.com.my.

    Antara kemudahan ditawarkan myASNB ialah pelabur boleh mengakses menerusi aplikasi telefon bimbit seperti membuat pelaburan tambahan untuk pelabur dan pelabur bawah 18 tahun, kemudahan pelaburan bulanan automatik serendah RM30 menerusi Auto Labur, pembukaan akaun baharu dan semakan baki pelaburan terkini serta muat turun penyata urus niaga. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda