Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Assad lawat mangsa gempa

    DAMSYIK, 10 FEB – Presiden Syria, Bashar al-Assad mengadakan lawatan pertamanya hari ini ke rantau yang terjejas akibat gempa bumi yang telah membunuh ribuan orang di negaranya.

    Presiden dan isteri, Asma melawat dan berbual dengan mangsa yang selamat di katil mereka di sebuah hospital di bandar utara Aleppo dalam gambar yang disiarkan oleh media rasmi Syria.

    Assad juga melawat kawasan di bandar yang musnah oleh gempa bermagnitud 7.8 pada Isnin, dengan pusat gempa terletak di sempadan Turkiye, menurut gambar yang dikeluarkan pejabat presiden.

    Lebih daripada 22,000 orang telah terbunuh di seluruh Turkiye dan Syria dalam gempa itu, salah satu malapetaka paling teruk yang melanda rantau tersebut dalam satu abad.

    Lebih 3,300 di antaranya terkorban di Syria, menurut angka Kementerian Kesihatan dan kumpulan menyelamat.

    Wilayah Aleppo setakat ini mencatat 415 kematian dan 1,050 cedera, menurut Kementerian Kesihatan.

    Assad pada minggu ini telah mempengerusikan mesyuarat kerajaan dan menerima rombongan pegawai Lubnan, tetapi masih belum melawat kawasan yang dilanda gempa. – AFP

    Gambar serahan agensi berita SANA menunjukkan Presiden Assad Bashar (tengah) dan isteri Asma melawat mangsa gempa di sebuah hospital di wilayah Aleppo, Syria, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...