Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan penuh kemeriahan bagi memberikan peluang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ASTERAWANI yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), hari ini.
Majlis dihadiri Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab serta ahli-ahli ASTERAWANI.
Acara diserikan dengan pelbagai persembahan bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan lagi sambutan perayaan dalam kalangan ahli persatuan serta para jemputan.
Majlis dihasratkan mengukuh lagi ikatan persaudaraan, meningkatkan kerjasama, kesefahaman dan sifat saling hormat-menghormati.
