WASHINGTON, 26 JAN – Asteroid bersaiz sebuah trak akan melintas berhampiran Bumi pada hari ini yang merupakan salah satu perlintasan paling dekat dengan planet kita yang pernah direkodkan, menurut NASA, sambil menekankan bahawa ia tidak menimbulkan bahaya.
Asteroid 2023 BU, yang baru-baru ini ditemui oleh ahli astronomi amatur, akan melintasi kawasan hujung selatan Amerika Selatan pada sekitar 4:27 petang PST pada hari Khamis (0027 GMT Jumaat), menurut NASA.
Ia akan melepasi hanya 3,600 kilometer dari permukaan Bumi, jauh lebih hampir berbanding kebanyakan satelit geopegun yang mengorbit planet ini. Tetapi tiada risiko bahawa asteroid itu akan menghentam Bumi, menurut NASA dalam satu kenyataan pada kelmarin. – AFP
