Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Asteroid bakal melintasi bumi – NASA

WASHINGTON, 26 JAN – Asteroid bersaiz sebuah trak akan melintas berhampiran Bumi pada hari ini yang merupakan salah satu perlintasan paling dekat dengan planet kita yang pernah direkodkan, menurut NASA, sambil menekankan bahawa ia tidak menimbulkan bahaya.

Asteroid 2023 BU, yang baru-baru ini ditemui oleh ahli astronomi amatur, akan melintasi kawasan hujung selatan Amerika Selatan pada sekitar 4:27 petang PST pada hari Khamis (0027 GMT Jumaat), menurut NASA.

Ia akan melepasi hanya 3,600 kilometer dari permukaan Bumi, jauh lebih hampir berbanding kebanyakan satelit geopegun yang mengorbit planet ini. Tetapi tiada risiko bahawa asteroid itu akan menghentam Bumi, menurut NASA dalam satu kenyataan pada kelmarin. – AFP

Gambar rajah yang disediakan oleh NASA ini menunjukkan anggaran trajektori asteroid 2023 BU, berwarna merah, dipengaruhi oleh graviti bumi, dan orbit satelit geosynchronous, berwarna hijau. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -