Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aston Martin sasar lebih tinggi

    LONDON, 10 Jan – Pengeluar kereta mewah Britain Aston Martin, kenderaan yang sering digunakan dalam filem James Bond, memikirkan tentang pengapungan pasaran saham London, menurut laporan Bloomberg semalam.

    Aston Martin mempertimbangkan tawaran awam permulaan (IPO) yang mungkin akan memberi nilai ikon pengeluar kereta sehingga AS$6.8 bilion menurut laporan dipetik daripada individu yang mengetahui perkara ini.

    Minat pelabur saham mungkin meningkat kerana rancangan kumpulan itu untuk melancarkan kereta SUV pertama, tambahnya.

    Kereta berkuasa tinggi Aston Martin sering menjadi sebahagian daripada filem James Bond.

    Jurucakap syarikat itu mengelak untuk memberi komen mengenai laporan itu apabila didatangi oleh AFP.

    “Aston Martin menyedari spekulasi media yang tersebar mengenai potensi pasaran saham,” kata ketua pegawai pemasaran Simon Sproule.

    “Disebabkan oleh polisi, Aston Martin tidak akan memberi komen mengenai spekulasi berhubung dengan pemilikan akan datang atau penyusunan semula modal.”

    Dia menambah: “Pihak pengurusan akan sentiasa fokus dalam memperbaharui portfolio syarikat, memperbesarkan lagi pengeluaran dan memberikan keberuntungan yang kekal.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda