Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aston Villa belasah Bristol City 5-0

    LONDON, 2 Jan – Dua jaringan menerusi pemain antarabangsa Scotland, Robert Snodgrass memberikan semangat kepada Aston Villa untuk menyingkirkan pasukan separuh akhir Piala Liga, Bristol City dalam persaingan Kejuaraan semalam.

    Jaringan Snodgrass – yang menghimpunkan jumlah jaringannya kepada tiga gol dalam dua perlawanan- -termasuk satu jaringan bagi Scott Hogan, adalah yang kelimanya bagi kelab terbabit sejak perpindahan bernilai AS$16.2 juta dari Brentford setahun lalu, memastikan Villa dalam laluan mereka.

    Jaringan seterusnya menerusi Birkir Bjarnason dan Conor Hourihane melengkapkan kemenangan tersebut ketika Villa melonjak di tangga kelima dalam carta.

    City, yang menewaskan Manchester United dalam persaingan menarik bagi persaingan suku akhir Piala Liga, tercicir ke tangga keempat di bawah pasukan Cardiff kerana perbezaan jaringan yang besar, walaupun kedudukan itu adalah kerana kekalahan keempat berturut-turut mereka, tewas 2-1 kepada pasukan QPR.

    Derby kekal di tangga kedua ketika dua penjaring terbanyak liga masing-masing membatalkan jaringan mereka dengan pasukan Sheffield United bangkit dari belakang untuk memastikan keputusan seri 1-1.

    Matej Vydra mungkin bergelut untuk mempamerkan kecemerlangan apabila diberikan peluang dalam Liga Perdana tetapi dalam persaingan divisyen kedua dia berkembang ketika pemain antarabangsa Republik Czech mempamerkannya dalam menyempurnakan sepakan penalti bagi pasukan Derby dan gol ke-14 dalam kempen tersebut.

    Bagaimanapun, Leon Clarke yang dianugerahkan dengan kontrak baru pada minggu lalu, kembali mengungguli senarai penjaring terbanyak dengan 15 gol ketika dia berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan bagi pasukan Blades. United jatuh dari tangga kedua pada November ke tangga ketujuh dengan satu kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir mereka.

    Tony Pulis kembali bangkit setelah mengalami kekalahan perlawanan pertamanya sebagai pengurus Middlesbrough yang menyaksikan pasukannya bangkit setelah ketinggalan 2-1 untuk menewaskan Preston North End 3-2, menamatkan sembilan perlawanan tanpa sebarang kekalahan. Daniel Ayala membuktikan kemenangan penting buat ‘Boro’, menjaringkan dua gol pertama sepanjang kerjayanya, kedua-duanya menerusi tandukan.

    Di kedudukan tercorot pemulihan Bolton berterusan ketika sepakan bebas separuh masa pertama mengejut dari Gary Madine, gol kesembilannya musim ini dan memberikan mereka kemenangan 1-0 ke atas Hull, yang berada dalam kedudukan bahaya bagi penyingkiran berturut-turut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda