Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aston Villa tamatkan kemarau kemenangan

    BIRMINGHAM, 26 SEPT – Aston Villa menamatkan kemarau kemenangan mereka dengan menewaskan Bologna 1-0 bagi membuka tirai kempen Liga Europa, semalam.

    Meskipun gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, Villa tetap dianggap antara pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Europa.

    Kelab dari England itu mara ke suku akhir Liga Juara-juara musim lalu, sebelum tewas tipis kepada juara akhirnya, Paris Saint-Germain. Di bawah kendalian Unai Emery, seorang jurulatih yang sudah empat kali menjulang trofi Liga Europa bersama Sevilla dan Villarreal, Villa diletakkan sebagai pencabar utama.

    Namun suasana kurang baik di kem Villa jelas kelihatan selepas Emery melabelkan para pemainnya sebagai ‘malas’ berikutan kegagalan menewaskan Sunderland yang beraksi dengan 10 orang pada Ahad lalu, manakala pengarah sukan Monchi juga meninggalkan kelab minggu ini.

    Walau bagaimanapun, mereka tetap berjaya menundukkan juara Coppa Italia hasil jaringan awal kapten, John McGinn. Pemain antarabangsa Scotland itu melepaskan rembatan ke penjuru bawah gawang dari luar kotak penalti pada minit ke-13. – AFP

    Aksi John McGinn (dua dari kiri) menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan bola sepak peringkat kumpulan Liga Europa UEFA antara Aston Villa dan Bologna di Villa Park, Birmingham, England tengah pada 25 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda