Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aston Villa tundukkan Burnley

    MANCHESTER, 31 DIS – Gol penalti lewat Douglas Luiz membawa Aston Villa mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-2 ke atas Burnley yang beraksi dengan 10 pemain kelmarin, ketika Manchester City semakin menghampiri pendahulu dengan menewaskan Sheffield United 2-0.

    Ia kelihatan seperti musim perayaan dilupakan memandangkan Villa bertekad untuk meneruskan selepas kehilangan mata di laman sendiri buat kali pertama musim ini kepada Sheffield United dan melepaskan pendahuluan 2-0 untuk tewas 3-2 di Manchester United pada Boxing Day.

    Tetapi sepakan penalti Luiz, yang masuk dari bahagian bawah palang, membantu anak buah Unai Emery menyamakan mata dengan Liverpool di puncak carta.

    Gol pembukaan Leon Bailey untuk pasukan tuan rumah telah dibatalkan oleh Zeki Amdouni untuk Burnley.

    Moussa Diaby kembali mendahului Villa sebelum separuh masa dan mereka mempunyai kelebihan pemain untuk 35 minit terakhir selepas Sander Berge dilayangkan kad kuning kedua.

    Namun barisan pertahanan Villa semakin terdedah kepada serangan oleh lawan dan Lyle Foster melepaskan rembatan melepasi Emi Martinez 19 minit sebelum tamat perlawanan.

    Walau bagaimanapun, terdapat perubahan terakhir, apabila Jhon Duran dijatuhkan di dalam kotak dan Luiz merembat masuk.

    “Semua orang sangat gembira, kami perlu menikmati masa ini,” kata Luiz.

    “Tiga perlawanan terakhir kami tidak bermain dengan begitu baik. Ia adalah separuh musim, pemain keletihan, kami kehilangan tiga atau empat pemain penting akibat kecederaan. Ia sukar, tetapi kami perlu meneruskannya,” tambahnya. – AFP

    Aksi Diego Carlos (kiri) semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Villa Park, Birmingham, England pada 30 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda