Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AstraZeneca: Jerman lapor 21 kes darah beku

    BERLIN, 29 MAC – Pengawal selia perubatan Jerman berkata ia telah menerima laporan 21 kes pembekuan darah dalam orang yang telah menerima vaksin koronavirus AstraZeneca baru-baru ini.

    Institut Paul Ehrlich berkata dalam e-mel hari ini kepada The Associated Press bahawa tujuh orang yang terkesan akibat pembekuan darah telah meninggal dunia.

    Insiden pembekuan darah luar biasa dalam kepala, dikenali sebagai sinus vein thrombosis, mendorong beberapa negara Eropah menggantung buat sementara waktu penggunaan vaksin AstraZeneca pada awal bulan ini. Selepas kajian semula oleh pakar perubatan, pengawal selia perubatan Kesatuan Eropah EMA menyarankan amaran mengenai kemungkinan kesan sampingan harus ditambah kepada maklumat vaksin yang diberikan kepada pesakit dan doktor. – AP

    Pekerja kesihatan menunjukkan bebuli vaksin AstraZeneca di Beirut kelmarin. Pengawal selia perubatan Jerman berkata ia telah menerima laporan 21 kes pembekuan darah dalam orang yang telah menerima vaksin AstraZeneca baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda