Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    AstraZeneca sahkan ketua operasi China ditahan

    BEIJING, 7 NOV – AstraZeneca, syarikat gergasi farmaseutikal, mengesahkan hari ini bahawa ketua operasinya di China, Leon Wang, telah ditahan, susulan laporan mengenai siasatan terhadap syarikat tersebut atas dakwaan pengumpulan data secara tidak sah dan import ubat.

    “Jika diminta, kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa China,” kata wakil media global AstraZeneca dalam satu emel kepada AFP. “Kami akan terus membekalkan ubat-ubatan yang penting untuk pesakit di China, dan operasi kami berjalan seperti biasa,” tambahnya.

    Bulan lalu, AstraZeneca mengesahkan bahawa Leon Wang sedang disiasat. China merupakan pasaran penting bagi AstraZeneca, pembangun vaksin COVID-19 yang digunakan secara meluas di seluruh dunia semasa pandemik.

    Pada September, syarikat itu mengesahkan bahawa beberapa kakitangannya sedang disiasat di China selepas laporan mengatakan mereka disoal siasat mengenai pengumpulan data yang berkemungkinan tidak sah dan import ubat. – AFP

    Ruang pameran AstraZeneca dilihat di Ekspo Peralatan Perubatan Zhejiang di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China pada 31 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda