Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AstraZeneca tumpu kepada penyakit jarang jumpa

    KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Syarikat farmaseutikal AstraZeneca memperluas tumpuannya kepada ubat-ubatan inovatif bagi penyakit jarang jumpa di Malaysia di samping mengukuhkan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem penjagaan kesihatan.

    Presiden AstraZeneca bagi Malaysia, Vinod Narayanan berkata bekerjasama dengan kalangan pakar penyakit jarang jumpa akan memberikan pemahaman yang lebih luas kepada syarikat mengenai keadaan pesakit dan pada masa sama, menamatkan keperluan perubatan yang tinggi dan tidak dipenuhi dalam bidang ini disebabkan kekurangan pilihan rawatan.

    “Kami dikenali dengan ubat-ubatan inovatif. Namun, kini kami turut berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit, daripada kesedaran, diagnosis, ujian klinikal, rawatan, sehinggalah kepada penjagaan selepas rawatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Penyakit jarang jumpa lazimnya adalah penyakit genetik atau diwarisi selain disebabkan jangkitan dan faktor persekitaran.

    Menurut persatuan Rare Disease International, penyakit jarang jumpa boleh menjejaskan kurang daripada satu dalam 2,000 orang dan dianggarkan sebanyak 6,000 hingga 8,000 penyakit jarang jumpa dikenal pasti di seluruh dunia dan lebih 300 juta orang menghidap penyakit ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda