Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asus pamer produk gaming computer

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Asus, sebuah syarikat yang terkemuka dengan menitikberatkan inovasi dan komitmen terhadap kualiti produk yang terbaik, mempamerkan produk gaming computer semasa Ekspo Teknologi Brunei (TechXpo) 2019 yang sedang berlangsung di Jerudong.

    Syarikat CF King Enterprise yang membawakan produk Asus ke negara ini, memperkenalkan beberapa komputer riba khas untuk permainan siber seperti komputer riba siri ROG Gaming yang paling popular daripada ROG Zephyrus, Strix HERO III, Strix SCAR II, Strix G dan komputer riba TUF Gaming.

    Hadir semasa pameran di Petak CF King Enterprise itu ialah Pengurus ASUS Malaysia, Leo Tseng, Pengarah CF King Enterprise, Jeffrey King dan Penolong Pengurus Besar CF King Enterprise, Jassiline Yong serta pasukan pengurusan Asus dan CF King Enterprise.

    Bagi pelanggan yang mencari komputer riba untuk membuat kerja sekolah atau kerja pejabat, pelbagai siri ASUS ZenBook, VivoBook dan Chromebook yang berkuasa tinggi, ringan dan bergaya turut dipamerkan semasa ekspo berkenaan.

    Turut dipamerkan adalah komputer riba Zenbook Flip 13 yang baharu dilancarkan.

    Komputer berkenaan mempunyai paparan NanoEdge empat segi dengan nisbah skrin hingga 90 peratus.

    Jeffry King (kiri) dan Leo Tseng mempamerkan komputer riba ROG yang terkenal dengan kecekapan dan kepantasannya apabila bermain permainan siber.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda