Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ATAB harap dapat bantuan tangani impak COVID-19

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Ahli Persatuan Agensi Pelancongan Brunei (ATAB) berharap kerajaan dapat membantu mereka menangani impak koronavirus COVID-19 terhadap industri pelancongan yang bukan sahaja menjejaskan negara ini malah pelancongan di seluruh dunia.

    Bantuan yang dicadangkan adalah dalam bentuk penggantungan sementara atau pengurangan pembayaran pembiayaan kewangan kepada bank atau memberhentikan sementara pelaksanaan cukai. Ahli-ahlinya pula diminta memberikan butiran penuh impak kewangan dalam usaha ATAB mendapatkan bantuan dan sokongan daripada kerajaan.

    Cadangan oleh ahli ATAB untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan Negara Brunei Darussalam itu dibangkitkan pada majlis perhimpunan dan forum ahli ATAB dianjurkan persatuan itu di Hotel Antarabangsa Rizqun hari ini.

    Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arsad yang juga presiden ATAB menjelaskan, “Kita perlu memberitahu kebenaran mengenai impak COVID-19 terhadap industri pelancongan kepada kerajaan Negara Brunei Darussalam. Kita perlu memberikan fakta dan angka impak koronavirus agar kita boleh membentangkan dan membawakan perkara ini kepada perhatian kerajaan.

    Seorang ahli ATAB dan agensi pelancongan di negara ini juga mendedahkan bahawa perniagaan mereka mengalami kemerosotan 70 peratus dalam perjalanan masuk ke negara ini semenjak penularan COVID-19. Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan sebarang sokongan atau bantuan kepada industri tersebut.

    Salah seorang ahli semasa mengusulkan cadangan pada majlis perhimpunan itu.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda