ROM, 4 JAN – Atalanta menewaskan Sassuolo 3-1 kelmarin untuk layak ke suku akhir Piala Itali di mana mereka akan bertemu AC Milan.
Penyerang Belgium, Charles De Ketelaere yang dipinjamkan dari Milan, menjaringkan dua gol pertama untuk Atalanta sebelum turut memberikan bantuan untuk gol ketiga, yang dijaringkan oleh Aleksei Miranchuk dari Rusia.
Milan menewaskan Cagliari 4-1 pada Selasa dan akan menentang Atalanta di San Siro pada 10 Januari.
Penyandang juara Inter Milan disingkirkan oleh Bologna dalam perlawanan yang berjalan hingga ke masa tambahan bulan lalu manakala juara Napoli dibelasah 4-0 oleh Frosinone.
Roma bangkit daripada ketinggalan dalam kemenangan 2-1 ke atas Cremonese dari divisyen dua dengan Romelu Lukaku dan Paulo Dybala menjaringkan gol yang memastikan perlawanan derby Rome menentang Lazio pada suku pertama.
Juventus melayan Salernitana pada Khamis dan mencari tiket ke peringkat seterusnya untuk bertemu dengan Frosinone minggu depan. – AFP
