ROM, 16 JAN – Atalanta mengalahkan Salernitana 8-2 kelmarin apabila mereka menjadi pasukan pertama yang menjaringkan lapan gol dalam perlawanan Serie A, sejak 1996 oleh Inter Milan.
Ademola Lookman menjaringkan dua gol dengan enam orang pemain lain dalam senarai penjaring untuk Atalanta, yang berada tiga mata daripada tempat keenam Liga Juara-Juara.
Jeremie Boga meletakkan Atalanta mendahului awal perlawanan dengan gol pertamanya untuk kelab itu sejak menandatangani kontrak dari Sassuolo pada musim penutup.
Boulaye Dia menyamakan kedudukan untuk Salernitana tetapi Lookman menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan tuan rumah kembali di atas.
Giorgio Scalvini dan Teun Koopmeiners berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti, dan juga Rasmus Hojlund menambah gol sebelum separuh masa.

Lookman kembali menjaringkan gol pada minit ke-54 dengan Hans Nicolussi Caviglia membalas satu gol untuk Salernitana.
Ederson memperoleh gol ketujuh Atalanta dan Nadir Zortea melengkapkan kekalahan itu.
Atalanta mempunyai mata yang sama dengan Lazio dan Roma.
Mereka akan ke Juventus hujung minggu depan dengan peluang untuk menembusi empat teratas.
“Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar tetapi membolehkan kami menilai tentang perkembangan kami,” kata jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini kepada DAZN.
Kedudukan Davide Nicola sebagai jurulatih Salernitana dilaporkan mungkin terancam.
“Selepas kekalahan sebegitu, tiada analisis yang perlu dilakukan, cuma bermakna kami tidak mempunyai keazaman yang cukup,” katanya selepas menyaksikan pasukannya gagal mendapatkan kemenangan dalam enam perlawanan. – AFP