Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atalanta ikat Napoli

    MILAN, 31 OKT – Atalanta bangkit mengikat Napoli 2-2 dalam pertemuan di San Paolo, yang turut menyaksikan pengendalinya, Carlo Ancelotti dan pembantunya dilayangkan kad merah.

    Josip Ilicic meledak gol penyamaan minit ke-86 namun perlawanan terhenti agak lama sekitar lima minit untuk rujukan VAR tatkala Napoli merayu untuk diberi penalti.

    Sayap Napoli, Fernando Llorente jatuh dalam petak penalti selepas bertembung dengan Simon Kjaer sebelum pemain Ilicic menjaringkan gol untuk pelawat.

    “Saya anggap apa yang berlaku adalah satu usaha memusnahkan profesionalism saya, pemain dan kelab ini,” kata Ancelotti.

    Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis turut berang dengan mutu pengadilan pagi tadi.

    “Jika sudah ada keputusan oleh VAR tidak guna diberi tambahan masa lapan minit kerana ia hanya menambah tekanan dan pekikan saja,” katanya kepada Sky Sport Italia.

    “Apa faedahnya pengadil itu menghukum jurulatih hebat seperti Ancelotti?

    “Kami sudah bosan. Tanpa kami, pengadil itu mungkin menjadi seorang pengupas kentang. Kami sudah bosan dengan mutu pengadilan seperti ini.”

    Nikola Maksimovic menanduk gol pendahuluan Napoli minit ke-16 namun Remo Freuler menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat.

    Pada separuh masa kedua, cubaan penyerang Poland, Arkadiusz Milik terkena palang sebelum kembali meletakkan Napoli di depan menerusi hantaran Fabian Ruiz dan menewaskan Pierluigi Gollini.

    Bagaimanapun, Ilicic menyamakan kedudukan buat Atalanta, yang kini di tangga ketiga namun ketinggalan lima mata di belakang Juve.

    “Saya fikir ia penalti, tapi selepas melihat imej, saya dapati muka disiku dengan kuat,” kata bos Atalanta, Gian Piero Gasperini mengulas mengenai jaringan penyamaan penuh kontroversi itu.

    “Imej berkenaan sangat jelas. Sesiapa saja yang berada di booth VAR boleh mengesahkan apa yang dilihat pengadil, tapi saya mungkin berat sebelah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda