MILAN, 24 FEB – Selepas lebih setahun ‘tiada perlawanan,’ Atalanta kini kembali dalam pusingan kalah mati kejohanan Liga Juara-Juara.
Perlawanan tahun lalu, menentang Valencia di Milan pada 19 Februari, merupakan perlawanan terbesar kelab dan satu pertiga penduduk Bergamo membuat perjalanan ke San Siro untuk menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 4-1.
Tidak lama selepas itu, trak tentera membawa keranda dari Bergamo kerana kawasan perkuburan tidak mampu menempatkan mayat disebabkan bandar kecil itu menjadi salah satu titik penularan koronavirus di Itali.
Perlawanan digelar ‘perlawanan kosong’ kerana penularan virus yang disusuli di utara Itali dan Sepanyol.
Lebih daripada 40,000 orang peminat di dalam stadium meraikan setiap gol yang dijaringkan pasukan Atalanta pada hari tersebut – kali terakhir mereka bermain di hadapan peminat sendiri.
Hari ini, Atalanda akan menjadi tuan rumah kepada Real Madrid dalam pusingan pertama kelompok 16 terakhir di Stadium Gewiss yang kosong dan baru sahaja diubah suai. – AP
