Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atap rumah rosak ditimpa pokok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Bahagian hujung atap sebuah rumah di Kampung Padnunok, Kiudang, Tutong mengalami kerosakan apabila ditimpa sepohon pokok jering yang tumbang dalam kejadian pagi kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, enam orang anggota dari Balai Bomba Lamunin yang diketuai oleh DSO Abdul Aziz bin Jumat dikejarkan ke lokasi pada pukul 10:39 pagi.

    Apabila sampai di tempat panggilan, anggota bomba mendapati sepohon pokok jering telah tumbang merebahi bahagian hujung atap rumah iaitu di kawasan dapur.

    Anggota bomba bertindak memotong pokok sepanjang 7 meter dengan garis pusat 12sm berkenaan menggunakan gergaji rantai dan mengalihkannya.

    Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.

    JBP dalam kenyataan itu terus menyarankan orang ramai untuk memastikan pokok yang ditanam sentiasa dijaga, diawasi dan dipotong sebelum keadaan tidak terkawal, jangan meletakkan kereta berdekatan dengan pokok-pokok besar kerana ditakuti berlaku perkara yang tidak diingini, mengelak daripada menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang di Kampung Padnunok, Kiudang, Tutong baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda