ATHENS, 6 MEI – Datuk Bandar Athens berjanji kelmarin untuk mengawal selia penyewaan skuter elektrik, berkata penggunaannya telah menimbulkan gangguan di ibu negara
Greece.
“Kami berazam untuk menetapkan peraturan,” kata Haris Doukas dalam satu kenyataan selepas bertemu dengan eksekutif empat buah syarikat yang menawarkan penyewaan e-skuter di pusat bandar.
Pihak berkuasa bercadang untuk mewujudkan kira-kira 70 lokasi parkir wajib untuk skuter dan akan melarang operasinya di beberapa kawasan, tambah Doukas.
Doukas berkata beliau mahu sistem baharu itu dimulakan segera dengan kerjasama pengendali di pusat bandar, yang menempatkan kira-kira 640,000 orang, tanpa memberikan jangka masa.
Pihak berkuasa berkata kesalahan lalu lintas semakin meningkat oleh lebih 4,000 pengguna e-skuter yang ditawarkan oleh syarikat Hoppy, Hop, Lime dan RideMovi di tengah Athens. – AFP
