Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Atikah Suhaime sah bergelar isteri

    Pelakon Malaysia, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada pukul 8:55 malam, semalam.

    Memetik laporan mStar, Atikah, 33, dinikahkan sendiri oleh bapanya iaitu Suhaime Jamali dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Majlis pernikahan pasangan ini bertemakan Sakura dan diadakan di sebuah hotel sekitar Kuala Lumpur secara tertutup dan dihadiri hanya keluarga serta teman rapat.

    Atikah menerima tujuh dulang berbalas sembilan dan menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.

    Majlis pasangan ini turut disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok Zaitun Industry.

    Terdahulu, hubungan cinta Atikah dan Lokman sudah diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak perkenalan pada tahun 2019.

    Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

    Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang dingininya.

    Atikah menyifatkan Lokman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan beliau berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu. – Agensi

    Atikah Suhaime sewaktu malam berinai iaitu sehari sebelum bernikah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...