Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atiq Azman terbuka ditegur isu tayang badan

    Pelakon Atiq Azman bersikap terbuka sekiranya ada pihak ingin menegur kesilapan dilakukan namun ia perlu menggunakan cara bersesuaian dan bukan bersifat menghina.

    Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, berkata, menerusi pemerhatiannya teguran dibuat segelintir pihak tidak mencerminkan diri sendiri seolah-olah mereka tidak pernah melakukan sebarang dosa.

    “Pertama sekali nak cakap terima kasih pada yang tegur Afiq, tak salah dipersilakan. Keduanya, cara nak menegur bukan menghina, cakap orang tak ada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa kau komen begitu?”

    Afiq berkongsi kekesalannya itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis. Aktor berkenaan membuat penjelasan itu dipercayai isu membabitkan dirinya menerima kritikan warganet apabila memuat naik foto menayangkan badan sasanya ketika bersantai di tepi pantai. Tindakan pelakon drama Nur itu mengundang rasa kecewa peminat kerana Atiq sebelum ini dikenali dengan imej baik dan ‘alim’.

    Menerusi foto yang dikongsi, Atiq dilihat menggayakan seluar pendek dan berkemeja dengan corak garis biru serta menayangkan bahagian perut yang berotot.

    Dalam pada itu, Atiq berasa kelakar apabila ada pihak tetap mengaitkan foto yang dimuat naik itu dengan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

    Pertahannya, apa sahaja yang dilakukan tidak akan dapat memuaskan hati orang lain dan tetap akan ada mencari kesalahannya. – Agensi

    Atiq mohon beri teguran cara baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda