Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlassian bina menara ‘balak hibrid’ tertinggi

    SYDNEY, 25 JUN – Syarikat gergasi perisian global, Atlassian akan membina bangunan ‘balak hibrid’ tertinggi di dunia bagi ibu pejabat baharunya di Sydney, menurut syarikat itu hari ini.

    Struktur 40 tingkat berukuran 180 meter (590 kaki) itu akan dibina menggunakan balak – lapisan kayu lembut ditekan bersama – dan akan bercirikan permukaan kaca dan keluli, dengan kebun terbuka di atasnya.

    Bangunan Atlassian yang direka oleh arkitek New York, SHop dan firma Australia BVN, akan beroperasi menggunakan 100 peratus tenaga diperbaharui dan gabungan panel solar serta permukaan bangunannya dilengkapi cermin redup sendiri.

    Ia akan menggunakan Mass Timber Construction, satu teknik yang melakur kayu lembut, yang Atlassian sifatkan sebagai teknologi penting untuk mengurangkan jejak karbon pembinaan.

    Pembinaan itu dijangka akan bermula tahun hadapan dan siap tahun 2025.

    Ilustrasi yang diserahkan pada 25 Jun oleh Atlassian menunjukkan bangunan ‘balak hibrid’ tertinggi di dunia bagi ibu pejabat baharu syarikat itu di Sydney. – AFP

    Menerapkan ekologi tinggi, pembinaan balak hibrid itu telah menyaksikan ledakan kepopularan di mana Belanda dijangka akan memulakan kerja-kerja seumpamanya tahun hadapan membina menara balak hibrid di Rotterdam.

    Atlassian yang diasaskan pada 2001 oleh Mike Cannon-Brookes dan Scott Farquhar, berkata menara itu akan menempatkan 4,000 kakitangan dan membentuk hab bagi kawasan teknologi tinggi di daerah pusat perniagaan Sydney.

    “Bangunan yang kami bina itu akan lebih mapan dan fleksible – ia juga akan dibina untuk kerjaya masa hadapan, untuk dunia esok, bukan hari ini,” kata Farquhar dalam satu kenyataan.

    Dia menekankan realiti selepas COVID-19 lebih ramai orang mula bekerja dari rumah namun berkata syarikat-syarikat masih memerlukan pejabat untuk berkembang maju.

    “Kini kami boleh mereka ruangan ini terutamanya bagi cara bekerja baharu,” katanya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda