Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet APG Malaysia jalani proses klasifikasi

    KUALA LUMPUR, 30 MEI – Semua atlet paralimpik yang akan mewakili Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 Kemboja telah menjalani klasifikasi mengikut kelas dan jenis kekurangan sebelum dibenarkan menyertai acara masing-masing.

    Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja Noor Syahieda Mat Shah berkata proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.

    “Bagi tahun ini, kita buat klasifikasi dalaman mengikut nama yang sudah disenarai pendek (ke Sukan APG 2023).

    “Kita mohon bantuan daripada yang berkelayakan untuk memeriksa atlet kami sekiranya mereka layak bertanding mengikut kategori yang didaftarkan pada bulan lalu.

    “Perkara ini sangat penting supaya kami dapat mengurangkan masalah (di Kemboja) dan sekiranya apa-apa berlaku di Kemboja kami boleh selesaikan namun sekarang kami berkeyakinan dan Insya-Allah semua berjalan lancar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

    Noor Syahieda yang dilantik sebagai CDM wanita pertama APG berkata beliau akan memastikan semua perancangan yang dibuat berjalan lancar supaya tidak menganggu fokus atlet para negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda