Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Australia pecah rekod dunia renang

    FUKUOKA, JEPUN, 23 JULAI – Australia memecahkan rekod dunia acara renang berganti-ganti gaya bebas 4x100m wanita hari ini pada kejohanan dunia renang di Jepun.

    Australia menang dalam masa 3 minit, 27.96 saat untuk meraih emas di hadapan Amerika Syarikat dengan catatan masa 3:31.93 dan China pada 3:32.40.

    Pasukan Australia yang terdiri daripada Mollie O’Callaghan, Shayna Jack, Meg Harris dan Emma McKeon mengatasi rekod 3:29.69, yang turut dicatat Australia pada Sukan Olimpik Tokyo dua tahun lalu.

    “Ia benar-benar saat memberangsangkan untuk memulakan malam dengan rekod dunia dalam acara berganti-ganti,” kata O’Callaghan.

    “Saya sangat gembira dan saya bangga dengan prestasi rakan saya.” Pasukan gaya bebas 4x100m lelaki Australia turut meraih emas, dengan Itali mendapat perak dan gangsa untuk Amerika Syarikat.

    Perenang lelaki Australia menamatkan kejohanan dalam masa 3 minit, 10.16 saat. – AFP

    DARI KIRI: Mollie O’Callaghan, Shayna Jack, Meg Harris dan Emma Mckeon bergambar semasa majlis penyampaian pingat selepas memecah rekod dunia dalam acara 4x100m Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda