Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet bina badan bawa pulang dua pingat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Lima atlet yang menyertai Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia ke-56 2024, hari ini, kembali ke tanah air dengan membawa dua pingat dalam kejohanan yang berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos lalu di Kota Batam, Wilayah Riau, Republik Indonesia.
     
    Di kejohanan itu, Zorizal bin Haji Johari yang mengambil bahagian dalam kategori Bina Badan Lelaki Berat 70kg dan kategori 40 hingga 49 tahun berat sehingga 80kg, telah berjaya mendapat pingat emas dan juga pingat perak.
     
    Manakala Haji Ibrahim bin Haji Latif pula yang menyertai kategori Bina Badan Lelaki Berat 65kg, dan kategori Master 40 hingga 49 tahun berat sehingga 80kg dan Kamaluddin bin Yanau yang menyertai dalam Physique Lelaki bagi ketinggian sehingga 160cm, masing-masing mendapat tempat kelima.
     
    Sementara dua lagi atlet dalam kejohanan itu, Zuraiman bin Haji Jaman yang menyertai dalam kategori Physique Lelaki bagi ketinggian sehingga 170cm dan Mohd Yazid bin Mohd Taib yang menyertai dalam kategori Physique Lelaki bagi ketinggian sehingga to 175cm, masing-masing hanya berjaya mendapat tempat ke tujuh dan ke lapan.
     
    Ketua rombongan Mohamad Rahemi bin Haji Abdul Manaf ketika dihubungi telah mengongsikan, penyertaan atlet Brunei pada kejohanan memberikan peluang kepada atlet negara untuk melihat dan menimba pengalaman dalam kejohanan bertaraf Asia.
     
    “Kejohanan ini telah disertai oleh 22 buah negara, dan ia bukanlah mudah untuk mendapat kedudukan lima teratas, lebih-lebih lagi bagi merangkul gelaran juara,” jelasnya.
     
    Walau bagaimana pun, tambahnya, Zorizal telah berjaya merangkul gelaran juara dalam salah satu kategori yang disertai di kejohanan tersebut.
     
    Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia adalah di bawah naungan WBPF anjuran Datuk Paul Chua dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan Kebangsaan Indonesia.
    Atlet bina badan Brunei bergambar ramai bersama pingat yang dimenangi. – GAMBAR SERAHAN PBBKNBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda