Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Borneo Games adakan pertemuan semula

    Oleh Haji Awang Dzulkiflee bin Haji Awang Abdul Latif

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Seramai 17 Atlet veteran Borneo Games 1960an dan ahli keluarga mereka telah mengadakan pertemuan semula di Polo Restaurant, Jerudong, baru-baru ini.

    Inisiatif bagi mengumpulkan semual atlet yang pernah mengharumkan nama negara berkenaan diketuai bersama oleh Haji Abdul Wahid bin Haji Tongkat, Haji Suhaili Lani dan Awang Zainal Ghana.

    Perjumpaan berkenaan dimulakan dengan bertahlil beramai-ramai khusus bagi Allahyarham Haji Abdul Manaf bin Penyurat Haji Abu Bakar dan para atlet 1960an yang telah kembali ke rahmatullah.

    alu-aluannya menyampaikan rasa sedih kerana tidak semua atlet Borneo Games 1960an dapat berkumpul bersama lagi kerana ada beberapa di antara mereka sudah meninggal dunia.

    Dalam kesempatan itu juga, para atlet turut menyampaikan rasa terkilan kerana Borneo Games hanya tinggal sejarah dan langsung tidak dikenang lagi.

    Atlet veteran Borneo Games 1960an dan ahli keluarga ketika mengadakan pertemuan semula di Polo Restaurant, Jerudong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda