Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Brunei berjaya pungut tujuh pingat

    Oleh Adib Noor –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Pasukan Olahraga Brunei telah berjaya memperoleh tujuh pingat dalam Kejohanan Liga Olahraga RS Kinabalu 2023 yang berlangsung pada 11 November lalu hingga hari ini di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

    Sepanjang kejohanan berlangsung, pasukan Brunei telah memenangi dua pingat emas.

    Pencapaian telah diraih dalam acara 1,500 meter (m) untuk bawah umur 15 tahun oleh Muhd Arif Danial bin Eddy Norisham dengan catatan masa 4:42.0 saat (s) dan acara 800m Terbuka Wanita oleh Nur Asyura binti Haji Rosli dengan catatan masa 2:39.83s.

    Manakala tiga pingat perak berjaya diraih dalam acara 5,000m Terbuka Lelaki oleh Ruzaini bin Mahadi dengan catatan masa 17:01.41s dan 5,000m Terbuka Wanita oleh Siti Nur Hafizatul Shazana binti Hamiroldzam dengan catatan masa 22:10.43s, menewaskan rekod kebangsaannya sebelum ini yang dicatatkan pada pertandingan Kejohanan Terbuka Tuaran.

    Dalam acara 1,500m, Nur Asyura binti Haji Rosli berjaya memenangi tempat kedua dengan catatan masa 5:40.0s yang akan menjadi koleksi pingat peribadinya yang kedua.

    Sementara itu, Noramallina binti Haji Bohari berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara 800m dengan catatan masa 2:55.15s dalam kategori Terbuka Wanita.

    Pasukan Olahraga Brunei bergambar ramai dalam Kejohanan Liga Olahraga RS Kinabalu 2023. – GAMBAR SERAHAN BDAF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda