Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Brunei juara bina badan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Atlet Brunei Darussalam cemerlang dalam peringkat serantau selepas menang dalam Kejohanan Bina Badan Mr Boulevard Bintulu 2022 di Sarawak, Malaysia, baru-baru ini.

    Atlet tempatan, Wadud bin Haji Abu Bakar dari Dudgym mendapat tempat pertama dalam kategori 65kg ke atas dan tempat kedua dalam kategori 168sm ke atas.

    Sementara itu, Abdul Malik Al-Mukkaramah bin Haji Mohd Yusof dari Vertics Gym mendapat tempat pertama dalam kategori 168sm ke atas dan tempat kedua dalam kategori 65kg ke atas. Namun, Azri Asmat Sefri dari Miri, Sarawak muncul sebagai juara keseluruhan.

    Seramai 22 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang datang dari Bintulu, Brunei Darussalam, Miri, Kuching dan Sibu.

    Wadud dan Abdul Malik Al-Mukkaramah bergambar bersama trofi yang dimenangi mereka. – Gambar serahan Wadud Bakar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda