Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Awang Waiz Daud melengkapkan podium di tempat ketiga dalam GWM Asia Strength Game 2023 anjuran strengthhub.bn baru-baru ini.
Pemenang bagi kejohanan tersebut jatuh kepada Choo Kok Wei dari Malaysia, manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Johanes dari Indonesia.
Sementara itu, Tabriz dari Rusia menduduki tempat keempat diikuti Safwan dan Muaz masing-masing di tempat kelima dan keenam.
Rutin yang dipertandingkan termasuk Deadlift tayar gandar, Yoke Walk 320 kilogram (kg), Log Press 120kg, Farmers Carry 240kg, GWM Poer Ruman Car Deadlift, dan Atlas Stone Over Bar 120kg.
Acara itu juga menyaksikan Cabaran Deadlift Kereta GWL Haval Jolion di mana peserta mesti mengangkat kereta sebanyak 35 ulangan dalam satu minit. Peserta yang berjaya melakukannya akan memenangi hadiah utama iaitu kereta itu sendiri.
Malik dari Gim Vertics menjayakan cabaran itu selepas melakukan 35 ulangan dalam masa 40 saat sahaja.


