Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Atlet hapkido Brunei Darussalam, Mohammad Zaheer Afie bin Zahirrudin telah melengkapkan tahun ini dengan baik setelah beliau menyumbangkan pingat emas dalam kejohanan Persatuan Seni Bela Hapkido Dunia (WHMAF) Asia 2019 di Shek Kip Mei Gym di Sham Shui Po, Hong Kong minggu lalu.
Negara telah menikmati pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dalam bidang seni mempertahankan diri termasuk Brazilian Jiu-Jitsu dalam seni mempertahankan diri campuran serta disiplin tradisional seperti pencak silat dan karate.
Mohammad Zaheer Afie telah menambah sukan hapkido ke senarai itu selepas beliau membawa pulang emas dalam acara Nunchaku Kategori Lelaki Mugisul (senjata)
Kejayaannya dalam pertemuan peringkat benua terus berkembang setelah beliau memenangi dua pingat perak dalam kategori pedang dan long staff.
Atlet tempatan ini merupakan pesaing tunggal yang mewakili Hapkido Brunei Darussalam dalam pertemuan antara benua ini, yang disetujui oleh WHMAF dan dihoskan oleh Hapkido Hong Kong.
Kejohanan tersebut menarik perhatian peserta daripada China, India, Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan Vietnam.