Wednesday, July 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Atlet kecergasan negara raih tempat kedua

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Penggiat aktiviti kecergasan tempatan mengharumkan nama negara selepas mendapat tempat di podium dalam pertandingan amat berprestij, Hyrox Singapura di Stadium Nasional, Singapura.

    Pasukan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min, Hazel Abu Bakar, Maria Grace Koh dan Kevin Lau meraih tempat kedua dalam kategori lari berganti-ganti campuran selepas mencatatkan masa 1:07:17s.

    Mereka menjadi pasukan kedua dari Brunei yang mendapat tempat di podium selepas pasukan Raimi Azmansham, Apis Kipli, Abdul Malik Azmansham dan Shahassanal Izzat menduduki tempat ketiga dalam kategori lari berganti-ganti lelaki pada acara yang sama tahun lalu.

    Dalam pertandingan tersebut, pasukan Singapura yang terdiri daripada Ashleigh Ng, June Lim, Leon Chen dan Kangwei Wang merangkul tempat teratas dengan masa 1:06.10s.

    Menyusuli di tempat ketiga ialah pasukan yang terdiri daripada Zoey Zuo dari China, Nicholas Chua dan Nicole Ng dari Singapura, serta Brandon Khoo dari Malaysia dengan masa 1:12:48s.

    Pasukan YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min, Hazel Abu Bakar, Maria Grace Koh dan Kevin Lau bergambar di Stadium Nasional, Singapura. – GAMBAR OLEH FADHIL YUNUS

    Beberapa lagi warga Brunei turut menyertai pertandingan tersebut dalam pelbagai kategori termasuk kategori terbuka dan beregu lelaki.

    Acara yang terkenal itu mengumpulkan pesaing yang paling cergas di rantau ini dan dunia dalam mempamerkan kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal.

    Popular secara meluas di Amerika Syarikat, Hyrox sejak itu telah sampai di Asia Pasifik dengan Singapura menjadi negara ASEAN pertama yang menjadi tuan rumah sukan baharu muncul itu.

    Lazimnya diadakan di dalam dewan pameran yang luas, Hyrox merangkumi lapan stesen senaman yang didahului dengan larian sejauh 1 kilometer.

    Pusingan seterusnya bagi musim Hyrox Asia Pasifik 2024/2025 akan berlangsung di Sydney pada 27 Julai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan sambung latihan artileri di sempadan

    SEOUL, 2 JULAI – Korea Selatan menyambung semula latihan artileri berhampiran sempadan dengan Korea Utara pada Selasa buat kali pertama dalam tempoh enam tahun,...