Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet kerusi roda temui cinta di lantai tarian

    Atlet Taiwan Vincent Kuo dan Ivy Huang masing-masing mempunyai bakat hebat dalam sukan tarian menerusi kerusi roda – namun apabila mereka bergabung, mereka telah menghasilkan satu rentak yang begitu hebat.

    Sebagai sebahagian daripada generasi terakhir mangsa polio yang terselamat, mereka telah menghabiskan beberapa tahun untuk mendalami lagi rutin tarian mereka.

    Ketika ini, mereka menduduki tempat kedua dunia, pasangan yang baharu sahaja berkahwin ini berada di Jerman baru-baru ini untuk bersaing dalam World Para Dance Sport Championship.

    “Saya berminat dengan sukan ini, walaupun saya tidak dapat bermain disebabkan kecacatan saya,” kata Kuo kepada AFP semasa berehat daripada latihan tarian bersama isterinya di New Taipei City.

    Sekitar 50 penari kerusi roda di seluruh Taiwan bertemu secara berskala untuk melakukan latihan dan bersenam serta bersosial, termasuk Kuo dan Huang, masing-masing berusia 48 tahun. Manakala pasangan yang tidak mempunyai kecacatan akan melakukan gaya berdiri – gaya yang dikenali sebagai combi – atau juga menggunakan kerusi roda yang dikenali sebagai duo.

    Sekitar 50 penari kerusi roda di seluruh Taiwan bertemu secara berskala untuk melakukan latihan dan bersenam serta bersosial. – AFP

    “Melalui tarian, kita akan mendapat ramai kawan baik,” kata Huang. “Terutama selepas persembahan, kita akan berkumpul dan mengadakan aktiviti dan masing-masing akan bergembira,” jelasnya kepada media.

    Huang dan Kuo, yang boleh berjalan dengan bantuan tongkat akan tetapi menggunakan kerusi roda untuk menari, telah bertemu semasa sesi perhimpunan lebih daripada satu dekad sebelum mereka mula melakukan persembahan bersama dan akhirnya telah jatuh cinta.

    Keperibadian yang lucu

    Huang berkata bahawa rasa lucu terhadap diri Kuo membuatkan dirinya telah jatuh cinta dan menarik perhatiannya. “Dia selalu bercakap lucu,” katanya. “Dia sangat comel dan berjalan seperti seekor penguin,” kata Kuo, pasangan Huang sambil tertawa.

    Pasangan ini telah berlatih selama berbulan-bulan selepas waktu bekerja untuk bersaing dalam kejohanan yang berlangsung di Bonn, di mana mereka akan menyertai 230 atlet dari 26 buah negara dalam acara kelas sukan berkenaan.

    Kuo dan Huang akan bersaing dalam kategori duo manakala Kuo juga akan bersaing di Combi bersama Lydia Chang, jurulatih pasukan. Kebanyakan mereka yang ikut serta bertanding menerima dana yang lebih banyak. “Eropah mempunyai penari yang terbaik manakala di Asia terdapat Korea Selatan,” kata Chang. “Tetapi kita perlu berusaha sendiri dengan lebih kuat untuk melihat sejauh mana potensi yang kita boleh capai,” jelasnya.

    Huang, yang bekerja untuk kerajaan bandar Taipei berkata bahawa dia takut dengan keadaan masa depan apabila tarian menjadi sesuatu yang mustahil. “Bagi kami, pesakit polio, kemerosotan fizikal boleh sahaja berlaku dengan cepat,” katanya. “Kami berharap akan masih boleh menari dan bertahan dengan kedudukan yang baik,” jelasnya.

    Sweden mula-mula mencipta tarian kerusi roda sebagai sukan riadah dan sukan pemulihan pada tahun 1968 dan sering kali menganjurkan pertandingan antarabangsa pertamanya sembilan tahun kemudian. Kejuaraan dunia pertama diadakan di Jepun pada tahun 1998, sementara Taiwan menjadi tuan rumah kejuaraan pertama Asia pada tahun 2016.

    Semenjak itu, Sukan Tarian Para di pusat Taiwan telah menarik pesaing dari lebih daripada 18 buah negara sekali gus meningkatkan profil Taiwan di persada arena antarabangsa. “Tekniknya, kami setanding dengan negara-negara antarabangsa,” kata Tsai Hsiu-Hui, yang merupakan salah seorang jurulatih tarian kerusi roda pertama di pulau berkenaan. “Tetapi kita lebih cenderung untuk menunjukkan emosi kita, terutamanya tarian latin di mana kita perlu mengungkapkan perasaan kita sendiri,” tambah Tsai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda