Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet kuat Brunei raih pingat perak

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Atlet kuat Brunei Darussalam mempamerkan persembahan yang memberangsangkan dalam persada serantau selepas mendapat tempat empat terbaik dalam Cabaran Orang Kuat Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia baru-baru ini.

    Atlet terkenal tempatan, Hamizan meraih pingat gangsa manakala rakan senegaranya, Hanis Daud menduduki tempat keempat.

    Acara itu termasuk rutin berkaitan berat seperti pull truck, tyre flip, vehicle deadlift, Hercules Hold dan Atlas Stone.

    Choo Kok Wei dari Malaysia muncul juara dengan rakan senegaranya, Arif Khalil di tempat kedua.

    Juara akhirnya, yang dianggap sebagai salah satu bakat terbaik di rantau ini, juga pernah memenangi Terbuka Brunei tahun ini.

    Acara selama tiga hari itu, yang menampilkan peserta dari seluruh wilayah itu, dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Labuan.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah yang dimenangi semasa acara berkenaan.

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda