Wednesday, March 12, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Malaysia berperanan sebar imej baik negara

    KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Kedudukan barisan atlet negara terus dimartabatkan apabila bakal menggalas tanggungjawab baharu sebagai ‘Duta Malaysia’ pada Sukan Asia Hangzhou 2022 dari 23 September hingga 8 Oktober ini.

    Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt berkata selain daripada berjuang mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat, barisan atlet berperanan untuk menyebarkan imej baik Malaysia pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

    Beliau berkata perkara itu selaras dengan Semangat Olimpik di bawah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang merangkumi keseluruhan elemen dan bukannya sekadar hanya bertanding.

    “Menteri (Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh) memberi sokongan dan bersetuju bahawa kontinjen kali ini bukan hanya pergi untuk bertanding, tetapi untuk satu daripada elemen yang penting iaitu diplomasi sukan. Semua atlet akan dilantik sebagai duta sukan.

    “Apabila bawa bendera Malaysia bersama itu adalah satu tanggungjawab untuk tunjukkan imej rakyat Malaysia yang bagus. Ini boleh tarik minat mereka untuk datang bercuti di sini, mungkin antaranya boleh melabur, jadi secara tak langsung boleh bangunkan negara,” katanya.

    Beliau yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan skuad terjun dan renang negara di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil di sini, hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda